panduanmuet

Tutor

registration tutor online

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Selasa, 30 April 2013

Bersyukur Atas Segala Rezeki Diberi...

Assalamualaikum...

Saat kaki melangkah ke Holiday Plaza utk ke surau pada pukul 1 ptg, sy asyik memerhatikan tingkah laku insan - insan yg berada di sekeliling. Melihat mereka yg bekerja sbg promoter, jurujual dan sebagainya, menggamit sy pd memori lame. Sy pernah berada di tmpt mereka sblm ini, bekerja sbg promoter, jurujual dan juruwang, demi mencari rezki yg halal utk sy dan kluarga. Walaupun org seakan-akan memandang sinis pekerjaan ini, tapi sy tidak pernah ambil peduli. Bagi sy, sy tidak perlu memilih kerja kerana kerja yg sy lakukan adalah halal, tidak membuang masa dan pekerjaan ini tentu dpt memberi sy 1 pengalaman baru. Hasil wang gaji, dapat sy gunakan utk beli brg yg sy inginkan dan simpan utk keperluan sy dan membantu keluarga sekadar yg sy mampu.

Sy tidak memilih kerja walaupun memiliki Sijil dan Diploma. Bagi sy, janji ade kerja walaupun gaji yang diterima tidak setimpal dengan tugas yg dilakukan. Bukan x pernah memohon jawatan yg setaraf tahap pendidikan yg dimiliki, namun rezki masih blm berpihak kpd sy. Mungkin sy tiada pengalaman kerja dan tiada lesen memandu, jadi sukar majikan hendak menerima sy utk bekerja di syarikat mereka.

Berkat kesabaran menanti, kini sy tlh mendpt pekerjaan yg bek walaupun masih blm mendpt pekerjaan yg bersesuaian dgn tahap pendidikan sy. Bagi sy, rezki yg ade jgn ditolak. Kita perlu bersyukur dgn sgala rezki yg ade. Belajar dr kosong, kerana pengalaman tidak boleh dibeli dgn wang tapi perlu dipelajari.

Jika sblm ini sy asyik membandingkan diri dengan kejayaan kwn2 yg berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam, tp kini sy mengerti bahawa setiap org tlh ditetapkan rezki masing2. Tidak perlu iri hati melihat kejayaan mereka.Yg penting kepuasan bekerja itu perlu ada. Tidak kisah la bekerja di sektor awam ato swasta, mutu kerja harus dipertingkatkan. Semua tmpat kerja, kita boleh belajar perkara baru. Yg penting kita perlu ade minat utk belajar dan tidak malu utk bertanya.

Melihat insan-insan yg bekerja di pusat membeli belah, ingin sahaja sy tegur dan berkawan dgn mereka. Sy suka melihat keikhlasan mereka bekerja utk mencari rezki yg diberkati. Sy berharap agar mereka dpt menjadikan pekerjaan mereka itu sbg 1 peluang utk menimba ilmu dan menambahkan pengalaman. Tidak perlu malu dan merendah diri dengan pekerjaan yang dimiliki.

Dulu sy pernah berada di tempat mereka, kini sy hanya mampu melihat smbil mengucap syukur di dalam ati. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih bek dari perancangan setiap hamba-hambaNYA.

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan