panduanmuet

Tutor

registration tutor online

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rabu, 25 September 2013

Sakit Kepala Datang Kembali..

Assalamualaikum...




Apa perasaan kita bile tiba - tiba diserang sakit kepala..Aduh..usah ckp la..terasa macam ada benda yg berat dlm kepala..Semalam lps bangun tido seblm ke tempat keje, x de pula rase macam ada simptom-simptom sakit kepala akan menyerang..Alih -  alih sampai ofis, kepala tetiba sakit..Mata berdenyut - denyut..Tanpa buang masa, ambil tisu basah tekapkan kat mata..Coz pernah baca kat artikel mana (lupa plak) yg bagitau bile tekapkan tisu basah, ia akan mengurangkan tekanan pd mata..

Alhamdulillah, selepas letak tisu basah pada mata, sakit kepala hilang seketika..Apa yg blh sy ckp, sewaktu tisu basah ditekapkan pd mata, seakan terasa ada magnet yg menarik urat saraf mata..Memang rase lega sgt,  smpai terlelap sekejap..Selepas kepala dh rase ringan skit, bru selesa nk wat keje..

Antara simptom-simptom sakit kepala adalah tekak rase loya, pandangan berpinar, kepala rase berat dan perut seakan memulas..Syukur bile sakit kepala yg saya alami hanya sebentar..Namun x sangka, wktu nk blik ke rumah, sakit kepala dtg lg.. Dlm fikiran hanya mau segera smpai ke umah dan mandi..Bila mandi, siraman air akan mengurangkan tekanan pd kepala dan sakit kepala akan berkurang..

Sewaktu menemani mama ke Econsave, sakit kepala masih terasa lagi..Namun kene kuatkan semangat coz bkn slalu teman mama beli barang dapur..Di Econsave, sempat bli 100 plus..Sy pernah baca artikel, air 100 plus yg dicampur dengan air putih, blh mengurangkan sakit kepala..Sy pernah cuba sblm ini, dan hasilnye sakit kepala berkurang..Selepas smpai umah dr Econsave, sy terus minum 100 plus dan tido..

Pg td bgn, sy beranggapan sakit kepala sudah tiada..Namun bile sampai ofis, sakit kepala ada lg..Tekak rase loya, mata rase sakit dan kepala rase berat..Lalu sy ambil tisu basah tekapkan pd mata..Dan berkurang sikit rase sakit kepala..Kemudian, wktu rehat td, sy cuba letakkan kepala atas tangan di atas meja ofis..Terlelap sekejap..Selepas bangun dlm beberapa minit, sy dapati sakit kepala sudah tiada..Sy bersyukur kerana sudah sembuh dr sakit kepala..

Walaupun pelbagai kaedah yg sy lakukan utk mengubati sakit kepala ini, sy tidak mengambil pil seperti penadol maupun serbuk cap kaki 3 kerana memikirkan kesan jangka pjg..Dulu apabila sakit kepala je, sy selalu mkn pil uphomol dan serbuk cap kaki 3, namun selepas mendengar nasihat dr orang terdekat, sy cuba hadkan memakan ubat ini melainkan jika benar-benar sakit, baru lah makan pil..

K lah, cukup smpai di sini kisah sakit kepala yg sy alami dan cara-cara mengubati..Harap2 perkongsian ini amat berguna kepada sy dan orang len..

K wassalam..

Sabtu, 21 September 2013

Rezeki X Terduga

Assalamualaikum..

Syukur bile trime berita gembira semalam..X sangka dlm reramai yg dtg temuduga, sy yg terpilih.. Walaupun masih diberi tawaran keje dlm sektor swasta tp sy tetap bersyukur kerana kerja yg bru sy terima itu berdekatan dengan umah..Dlm mase 5 minit, sudah smpai jika menaiki kereta..

Dulu sy sering berangan utk bekerja di ofis IOI Mall Kulai, namun sy x tau saluran yg mana perlu sy tuju..Sy pernah bekerja part time di IOI Mall sbg promoter kasut Bata..Walaupun bekerja secara part time selama sebulan, ini merupakan langkah pertama sy utk mengenali IOI Mall dgn lebih dekat..Apabila pengajian Diploma sy selesai, sy ada meminta keje di Kedai Bunga IOI Mall, namun dihantar ke cawangan di Tampoi..Ape2 pun, sy bersyukur kerana tidak mengganggur..

Mungkin blm tiba rezki sy di IOI Mall, sy menimba pengalaman sebagai juruwang di kedai serbaneka..kemudian sy ditawarkan kerja sebagai Kerani Tapak di 2 syarikat kontraktor..

Setelah setahun stengah bekerja di luar kawasan Kulai iaitu di Skudai dan Tebrau, kini sy kembali lagi utk bekerja semula di Kulai..Sy berharap keputusan yg sy wat ni adalah terbaik..Dalam keadaan harga minyak yg naik, membuatkan sy perlu berjimat-cermat..

K lah, sekejap lagi nk amek borang Medical Check-Up kat IOI Mall..harap2 keputusan pemeriksaan kesihatan sy baik2 sahaja..Smoga sumenye berjalan dgn lancar..amin..

K wassalam..


Jumaat, 20 September 2013

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Jom beli buku rahsia lulus temuduga kerja kerajaan..

Cuti-cuti Malaysia..hehe

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Hari Jumaat hari penghulu segala hari..pasti ramai yg menanti ari Jumaat kerana esok adalah hari cuti..Tapi bg sy yg bekerja esok setengah ari masih terasa bahang utk bercuti..Iyalah walaupun kerja setengah ari je pada ari Sabtu tp waktu ptg yg pjg membolehkan sy utk melaksanakan aktiviti yg dirancang...Teringin beriadah di Hutan Bandar Kulai..Dh lame x ke sana walaupun jarak dr umah ke Hutan Bandar hanyalah 5 minit..Sy dh merancang nk bersiar-siar di sana smbil bermain badminton..Sambil tu blh tgk ikan dan kura-kura yg byk di tasik Hutan Bandar..Harap2 menjadi la plan ni..hehe..Ahad ni pula ade majlis kawen sdara di Ulu Tiram..Jadi jadual utk minggu ini kene rancang dgn betul..

Minggu lps dpt cuti pjg coz ari Isnin adalah Hari Malaysia..Jadi dptlah berehat 2 ari stengah..Walaupun 2 ari setengah bercuti, tp sronok kerana kami sekluarga blik kg di Muar..Ari Ahad pula berjalan di Melaka..Sronok dpt jenjalan kat Kg Mortem..Walaupun ayah saya orang Melaka, tp masih teruja bile dtg ke Melaka..Mgkin disebabkan Melaka adalah bandar bersejarah dan mempunyai byk tempat yg menarik..Jadi x rase jemu bile dtg Melaka..Balik dr Melaka pada ari yg sama, kami ke Tanjung Emas, Muar utk berehat sambil beriadah pada waktu mlm..Sronok melihat anak sdare bermain gelungsor di taman permainan yg disediakan..Stelah puas berehat,kami g mkn asam pedas di Parit Jawa, Muar..Memang x sah kalo dtg Melaka dan Muar x cari asam pedas..Itulah keistimewaan Melaka dan Muar..hehe

Hari Isnin(16/9) pula, genap 3 thn arwah nenek sebelah mak meninggal dunia..Jadi adik-bradik mak sepakat melaksanakn sdikit tahlil pd waktu tghari di kampung..Pejam celik pejam celik, dh tiba waktu blik ke umah di Kulai..sekejap rasenye percutian ini..Walaupun begitu, hepi sgt coz dpt berkumpul 1 keluarga coz abg yg tinggal di KL pun pulang ke kampung bersama kluarga termasuk adik yg belajar di Poli Nilai..

K lah, nnti sy akan masukkan gmbr percutian kami..K jumpa lg..

K wassalam