panduanmuet

Tutor

registration tutor online

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jumaat, 20 September 2013

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Jom beli buku rahsia lulus temuduga kerja kerajaan..

Cuti-cuti Malaysia..hehe

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Hari Jumaat hari penghulu segala hari..pasti ramai yg menanti ari Jumaat kerana esok adalah hari cuti..Tapi bg sy yg bekerja esok setengah ari masih terasa bahang utk bercuti..Iyalah walaupun kerja setengah ari je pada ari Sabtu tp waktu ptg yg pjg membolehkan sy utk melaksanakan aktiviti yg dirancang...Teringin beriadah di Hutan Bandar Kulai..Dh lame x ke sana walaupun jarak dr umah ke Hutan Bandar hanyalah 5 minit..Sy dh merancang nk bersiar-siar di sana smbil bermain badminton..Sambil tu blh tgk ikan dan kura-kura yg byk di tasik Hutan Bandar..Harap2 menjadi la plan ni..hehe..Ahad ni pula ade majlis kawen sdara di Ulu Tiram..Jadi jadual utk minggu ini kene rancang dgn betul..

Minggu lps dpt cuti pjg coz ari Isnin adalah Hari Malaysia..Jadi dptlah berehat 2 ari stengah..Walaupun 2 ari setengah bercuti, tp sronok kerana kami sekluarga blik kg di Muar..Ari Ahad pula berjalan di Melaka..Sronok dpt jenjalan kat Kg Mortem..Walaupun ayah saya orang Melaka, tp masih teruja bile dtg ke Melaka..Mgkin disebabkan Melaka adalah bandar bersejarah dan mempunyai byk tempat yg menarik..Jadi x rase jemu bile dtg Melaka..Balik dr Melaka pada ari yg sama, kami ke Tanjung Emas, Muar utk berehat sambil beriadah pada waktu mlm..Sronok melihat anak sdare bermain gelungsor di taman permainan yg disediakan..Stelah puas berehat,kami g mkn asam pedas di Parit Jawa, Muar..Memang x sah kalo dtg Melaka dan Muar x cari asam pedas..Itulah keistimewaan Melaka dan Muar..hehe

Hari Isnin(16/9) pula, genap 3 thn arwah nenek sebelah mak meninggal dunia..Jadi adik-bradik mak sepakat melaksanakn sdikit tahlil pd waktu tghari di kampung..Pejam celik pejam celik, dh tiba waktu blik ke umah di Kulai..sekejap rasenye percutian ini..Walaupun begitu, hepi sgt coz dpt berkumpul 1 keluarga coz abg yg tinggal di KL pun pulang ke kampung bersama kluarga termasuk adik yg belajar di Poli Nilai..

K lah, nnti sy akan masukkan gmbr percutian kami..K jumpa lg..

K wassalam



Khamis, 11 Julai 2013

Selamat Berpuasa...

Assalamualaikum...



Slamat menyambut bulan Ramadhan..Arini merupakan ari kedua kita puasa..Alhamdulillah, syukur dpt menjalani ibadah puasa dengan sabar..Smoga berterusan sehingga 30 Ramadhan..

Bila berposa, kita sebenarnye sedang berpantang dari segala segi..Kita perlu berpantang dari makan dan minum pada siang ari, menjaga lisan dan perbuatan agar tidak menyakiti ati orang len dan paling penting, Ramadhan adalah bulan untuk melatih diri kita menjadi lebih baik..Jika sebelum ini kita jarang peduli orang yang kekurangan mknn, bila kita berposa, kita dapat tau kesukaran fakir miskin yang tidak punya makanan utk dimakan..Di sini, kita dpt muhasabah diri..

Bulan Ramadhan juga bulan beribadat..Jika sebelum ini kita jarang g masjid utk menunaikan solat Isyak berjemaah, tp dlm bulan Ramadhan kita boleh merebut peluang utk menunaikan solat Isyak disamping solat terawih yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.. Kita perlu merebut peluang ini kerana kita tidak tau samada Ramadhan thn seterusnye dpt kita raikan lagi atau tidak..Kerana ajal maut di tangan Allah..

Selain itu, ambillah kesempatan di bulan pose utk berbuka dan bersahur bersama keluarga..Ini kerana pd bulan biasa, jarang kita makan bersama keluarga..Rebutlah peluang utk bermesra bersama kluarga..

Selain itu, tingkatkan lagi amalan kita dengan selalu berzikir dan membaca Al-Quran, smoga kita dapat menambah lagi pahala kita di bulan mulia..Selain itu, ringankanlah tangan untuk bersedekah agar kita dapat membantu insan yang berada dlm kesusahan..

Smoga kita dpt menjalani ibadah puasa dengan sabar dan tergolong dalam orang-orang yg bersyukur...amin...

Wassalam..

Selasa, 14 Mei 2013

My Bday 'N' My Mom Day..

Assalamualaikum..

Tanggal 12.5 (Ahad) merupakn Hari Ibu manakala 13.5 (Isnin) iaitu bday sy..Kami adik bradik spakat nk smbut skali..

12.5.2013(Ahad)

Walau bagaimanapun,kami smbut dlu Hari Ibu tgh mlm pada 12.5.13 di dpn laut menghadap Singapura..Lokasinye berdekatan Bazar Karat dekat Jb..Mmg sronok dpt smbut Hari Ibu bersama-sama mama..

Mama terkejut ble kami keluarkan kek dari kete..Coz mama tak tau ble sy bli kek tersebut..Kek tu sy bli sewaktu g Angsana sblm kami sekeluarga g mkn di Taman Sentosa..Pekena bubur nasi mlm2 mmg terasa sedap bile bubur tu digaul skali dgn smbal ikan bilis,sayur kangkung,perahan limau kasturi,telur masin n ikan bilis blender..Sesiape yg teringin mkn bubur tu,silalah pergi ke Taman Sentosa..Utk mknn di Taman Sentosa,adik lelaki yg blanje..Katenye sempena Hari Ibu..

Slps mkn di Taman Sentosa,tepat kul 12 tgh mlm,kami smpai di dpn laut..Kat situ la kami celebrate Hari Ibu..Memang sronok coz kami x pernah sambut hari penting kat tepi laut, lagi-lagi kul 12 tgh mlm..hehe

13.5.2013 (Isnin)

Mlm Ahad pula,kami skeluarga mkn besar di restoran yg berdekatan dgn Stulang Laut..Masakan kat restoran tu agak sedap..Sebelum jam menunjukkan angka 12 mlm,kakak sy telah mengeluarkan kek aiskrim yg dibelinye..

Kami meraikn Hari Ibu dulu sblm menyambut bday sy plak..Memang meriah ble dpt menyambut 2 ari yg bermakna sekali gus..Inilah hadiah ari lahir yg bermakna buat sy..Berkumpul bersama kluarga smbil mkn bsr..

Gmbr dibawah adalah momen2 indah bg sy sekeluarga..

Mama memberi kucupan mesra kepada sy sempena Hari Lahir sy.. Terasa sungguh sronok skali..hehe

Bergambar sambil sy dan mama memotong kek bersama-sama..

Giliran sy pula potong kek sorang-sorang..hehe

Giliran mama pula potong kek untuk Hari Ibu..

Orang yg diraikan, sy dan mama sy..hehe

Gambar ini diambil selepas mkn besar..hehe

Inilah kek aiskrim yg ditaja oleh kakak sy..Sangat sedap..trime kasih kakak..hehe

Sekian sahaja crite berkenaan majlis bday sy n sambutan ari ibu wat mama sy..Syg mama..hehe..K wassalam..

Demam, peritnye tekak..huhu

Assalamualaikum..

Bertemu kembali..Skrg musim demam kot..Tekak ni perit sgt..Tanda2 demam dh muncul..Sebelum melarat,bek amek langkah berjaga-jaga..Slalu kalo tekak perit,sy akan mkn aiskrim vanilla yg dijual kat mcd..Alhamdulillah,lps mkn aiskrim,kurang sikit sakit tekak..Tunggu rehat jap lg,nk g Holiday Plaza bli aiskrim..Slain tu,sy juga minum 100 plus @ soda bikarbonat,ia dpt berikan tenaga sewaktu demam melanda..

Walau macam mne pun,yg paling penting,urat kat leher perlu diurut..Mungkin urat tegang..Sy suka urut sndiri kalo x sakit sgt..Tp kalo teruk,sy minta mama sy urutkan..Mama pndai urut..Syukur ble mama dh urut,esok nye sy dh kembali sihat..Mama cume ikhtiar,Allah yg memberi kesembuhan..

Selain tu,kene byk minum air putih coz skrg cuaca agak panas..Mungkin itu juga salah satu sebab sy mudah sakit kerana kurang minum air..

Doakan sy cpt sembuh tau..

Sekian, wassalam..

Jumaat, 10 Mei 2013

Bahaya Pembedahan Plastik..

Assalamualaikum..

Saat membaca artikel yang dihantar 'Says' kat email..Saya melihat ade satu artikel berkenaan pembedahan  plastik yg dijalankan oleh seorang wanita Korea..Agak menyedihkan kerana ingin tampil cantik, tapi merana untuk selama-lamanye..Dalam hati saya terdetik, 'kenapa masih tidak puas dengan kecantikan semulajadi..kenapa perlu buat pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan lebih cantik'..Di bawah ini saya sediakan URL berkenaan artikel tersebut.. Diharap kite semua ambil iktibar dari kisah tersebut...

http://says.com/my/teratakziella/remixes/korean-woman-injects-face-with-cooking-oil-as-plastic-surgey-alternative

Bagi saya, utk kelihatan cantik, bukan hanya pada rupa semata-mata.. Tapi meliputi peribadi yg baik, tingkah laku yg sopan, penjagaan kesihatan yg baik, menjaga pemakanan kita dan mengamalkan gaya hidup yang sihat..Selain itu, boleh diamalkan petua org dulu-dulu yg melebihkan penggunaan alam semulajadi seperti memakan ulam, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.. Kita juga perlu rajin bersenam dan beriadah bersama keluarga.. Amalkan juga minum air putih dan jus buah-buahan..

Bagi kita yg beragama Islam, dengan berwuduk, mengerjakan ibadah wajib mahupun sunat, membaca al-Quran, pasti terserlah kecantikan dalaman..Org yg melihat wajah kita pasti berasa tenang..Cuba kita lihat orang alim seperti ustaz, ustazah, imam, bilal dan orang yg beriman, bila melihat wajah mereka, kita pasti rase tenang..Wajah mereka seakan-akan bercahaya..

Oleh itu, perlu ditekankan kat sini, bahawa kecantikan bukan sahaja dilihat pada bentuk fizikal kita, tapi meliputi dalaman seperti hati, kesihatan dan lain-lain..

Sekian, wassalam..

Isnin, 6 Mei 2013

Rezeki

Assalamualaikum...

Arini nk bercerita pasal rezeki plak...Saat membaca status di facebook yg diutuskan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan "Janganlah terlalu memikirkan tentang rezeki kerana ianya telah dijamin oleh Allah, sebaliknye curahkan perhatianmu kepada ibadah kerana itulah yang menjadi bekalan kamu di akhirat kelak"...

Saya terpaku dan terdetik di dalam ati, ape yg dikatekan itu memang benar... Mungkin di kala sy lalai dengan kehidupan duniawi, seperti ati yg tidak pernah puas dengan ape yg dimiliki, sy terfikir sejenak... Apakah sy tidak bersyukur dengan segala nikmat yg telah sy peroleh...Rezeki itu tidak semestinye dtg dlm bentuk wang, tapi meliputi kesihatan, kelapangan masa, kebahagiaan, ketenangan dan lain-lain...Kenapa mesti sy kejar rezeki yg belum pasti menjadi milik sy...

Saya patut menghargai segala rezeki yg telah sy miliki...Saya punye kerja yg baik, kerja yg sy dambakan selama ini... Mengapa di saat saya telah perolehinya, sy masih tidak puas...Masih mahu yg lebih baik lagi...Itulah manusia, tidak pernah puas dan bersyukur dengan segala rezeki yg telah dimiliki...Saya mula tersedar, tidak perlu sy kejar sesuatu yg tidak pasti...Yang telah sy miliki,perlu sy jaga agar tidak lari...

Saya telah diberi rezeki yg byk, diberi kerja yg baik, diberi kesihatan yg baik, diberi peluang untuk bersama-sama keluarga dan yang paling penting, sy telah diberi peluang untuk membantu keluarga...Bukankah itu juga rezeki buat diri sy...

Saya berharap utk tidak terus memikirkan tentang rezeki semata-mata, sebaliknya tumpuan sy juga harus meliputi ibadah yg perlu sy lakukan...Saya perlu memperbaiki ibadah saya, mendekatkan diri dgn Maha Pencipta kerana itu sahaja bekalan utk dibawa ke akhirat kelak...Kini sy bersyukur atas segala nikmat rezeki yg telah sy perolehi...Smoga sy terus istiqamah dlm setiap perbuatan yg sy lakukan...amin...