panduanmuet

Tutor

registration tutor online

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Sabtu, 30 Mei 2009

menanti hari akad nikah abang...huhu

assalamualaikum.....

masih dlm mood sedih, tp still nk tulis psl pernikahan angah yg akan berlangsung esok....harap2 seperti yg dirancang....InsyaAllah.....Doakan ye....entah lah,jika ditanya ati ni....rase malas je nk g....masih teringat babah yang masih kat hospital....babah kene tahan 1 minggu.....so babah x dpt nk join g mlaka....utk tgk angah akad nikah dan majlis persandingan angah....mama pun x dpt ikut, coz jaga babah....krn letaknye isteri adalah di sisi suami....sayang babah & mama....

x tau cmne perasaan kami adik beradik esok ble tgk angah akad nikah dgn ecah(bakal kakak ipar)....mesti rase sayu,tanpa kehadiran babah dan mama....coz babah dan mama lah yg byk bersusah payah slama 3 bln sblm majlis pernikahan angah ini berlangsung....tp ini yg akan kami lalui esok...nk berpatah blik @ menangguhkan majlis ini,adalah sesuatu yg mustahil....byk pihak yg perlu dijaga atinye....huhu

harap angah tabah kan ati wktu nk akad nikah....mgkin telah tertulis....angah akad nikah tanpa kehadiran babah dan mama.....kite hanye mampu marancang,tp ALLAH yg menentukan.....

perasaan babah dan mama???? xusah dickp.....babah byk kali menitiskan air mata,tatkala mama crite mengenai persiapan angah nk akad nikah....babah sedih,krn ini lah kesudahan penat lelah babah slama 3 bln.....akhirnye babah x dpt nk menghadiri majlis pernikahan & perkahwinan anaknye,yg julung2 kalinye diadakan.....mgkin telah tertulis.....sy harap sgt babah tabah menghadapi dugaan ini.....berat mata memandang,berat lagi bahu memikul....

mama pula,sy nmpak tabah walaupun mama sndiri sedih....mungkin mama kene kuat & x mahu babah sedih....mama kate,ini lah kali pertama babah menangis.....sepjg 24 taun perkahwinan babah dan mama,mama x pernah nmpk babah menangis....babah sntiasa hepi dan suka wat lawak dgn anak2 nye termasuk isterinye(mama)......terasa syahdu ati ini mendgr pengakuan mama tu....tp apa2 pun,sy harap kesihatan babah akan bertambah baik & cpt sembuh....smoga kami sekeluarga akan dpt same2 meraikan persandingan angah di pihak kami nnti pd minggu dpn.....InsyaALLAH.....Amin.....

harap anda semua dpt mendoakan smoga perjalann majlis pernikahan & persandingan angah berjln lancar.....amin.....

Jumaat, 29 Mei 2009

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

From:"hazlan hj. mohammad




Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.

Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.

Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

berkongsi info berkenaan serangan jantung

Doktor Jantung: Kolesterol halang darah

Bersama Dr Haizal Haron Kamar


DUA minggu lalu kita bercerita mengenai jantung dan betapa bertuahnya kita mempunyai organ yang istimewa, bekerja keras tanpa mengira siang atau malam, tidak pernah mengeluh kepenatan serta tidak berhenti berdenyut walau seketika.Namun seperti organ lain, ia boleh mengalami masalah jika tidak dijaga. Berikut adalah beberapa perkara penting yang sering ditanya mengenai serangan jantung.

1. Bagaimanakah ia terjadi?
2. Apakah bahaya serangan jantung?
3. Apakah gejala serangan jantung?
4. Siapakah yang berisiko?
5. Apakah cara untuk diagnos serangan jantung?
6. Apa perlu dilakukan ketika serangan jantung?
7. Apakah rawatan yang ada ketika terjadinya serangan jantung?
8. Bagaimana mencegah ia daripada berlaku?

Untuk ruangan minggu ini, saya akan menghuraikan persoalan 1, 2 dan 3.

Bagaimana serangan jantung terjadi?

Arteri koronari adalah pembuluh darah yang mengelilingi jantung dan membawa di dalamnya darah yang kaya oksigen serta nutrien ke otot-otot jantung. Ini penting untuk jantung berfungsi dengan sempurna.Dengan pembentukan plak di dinding dalam arteri akibat proses aterosklerosis (pengumpulan lemak atau kolesterol pada dinding dalam salur darah), ruang di dalam arteri menjadi sempit dan mengganggu perjalanan darah.

Sakit di dada (angina pectoris) berlaku apabila darah tidak sampai ke otot jantung ketika melakukan aktiviti cergas, tetapi kembali normal selepas berehat beberapa minit.Bagaimanapun, plak berkenaan boleh menjadi tidak stabil dan pecah disebabkan faktor tertentu. Ini menghasilkan trombosis atau gumpalan darah beku.Ia berlaku secara tiba-tiba dan menutupi seluruh arteri lalu menghalang perjalanan darah. Otot jantung yang terbabit akan mengalami kerosakan.

Cuba bayangkan sebatang sungai besar yang mengalir di sebuah ladang epal yang subur. Apabila aliran air sungai tersekat, pokok epal akan layu dan mati. Begitu juga yang berlaku pada otot-otot jantung.Sel otot jantung ini akan mati akibat ketandusan darah. Fenomena yang berlaku dipanggil serangan jantung atau infarksi miokardium.

Apakah bahaya serangan jantung?

Tahukah anda, penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia?Pernahkah anda terfikir, serangan jantung dan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu wanita – hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding barah payudara?

Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut. Kejadian ini berlaku apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atau mengalami fibrilasi ventricular akibat kerosakan pada jantung.

Tahukah anda, lebih kurang 50 peratus kematian akibat serangan jantung terjadi dalam masa satu jam dan hampir semuanya sebelum sempat tiba di hospital?Bagi yang ‘terselamat’, segolongan besar mengalami penyakit lemah jantung atau kegagalan fungsi jantung akibat kerosakan teruk otot-otot jantung.Ini dimanifestasikan dengan keadaan kaki yang mudah bengkak dan kesesakan nafas ketika rehat atau melakukan aktiviti.

Apakah gejala serangan jantung?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia sering berlaku pada awal pagi ketika tidur, tetapi ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana saja, sama ada ketika melakukan aktiviti atau berehat.Kira-kira 50 peratus pesakit yang alami serangan jantung tidak mempunyai tanda awal.

Bagi mereka, ini gejala pertama penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita wajar mengetahui gejala serangan jantung iaitu:

Sakit di dada. Jantung sebenarnya terletak di bahagian tengah dada dan bukan di kiri, tetapi sakit dialami sering membabitkan keseluruhan dada.Ia seperti satu cengkaman kuat atau perasaan berat di dada. Ia kadangkala merebak ke bahagian atas dada hingga ke leher dan gusi atau ke tangan kiri atau kanan.

Simptom berkaitan yang mungkin berlaku ketika sakit dada adalah kesesakan nafas, berpeluh yang sejuk, rasa lemah badan dan pening.

Ada segolongan pesakit yang tidak mempunyai gejala klasikal seperti di atas. Ada yang hanya mengalami kesesakan nafas atau sakit di bahagian lain di badan.

Saya teringat kes ketika saya baru menjadi doktor, di mana pesakit yang menghidap serangan jantung dihantar ke wad pembedahan kerana simptomnya yang ketara adalah sakit di perut.

Ada pula kes di mana pesakit saya pergi ke doktor gigi terlebih dulu disebabkan sakit gusi, tanpa rasa sakit di dada.

Ada pula yang tidak mengalami kesakitan di dada atau apa-apa simptom. Ini sering didapati pada pesakit yang mengidap diabetes.Kadangkala sukar untuk tahu sama ada gejala dialami adalah disebabkan serangan jantung, terutama mereka yang tidak mengalami simptom klasikal.

Jika tidak pasti, segera ke hospital berdekatan. Usah bertangguh untuk menjalani pemeriksaan. Ingat, setiap masa sangat berharga dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan jantung dan mengorbankan nyawa.Kita akan meneliti aspek serangan jantung yang lain pada ruangan akan datang. Mari kita bersama-sama mengambil berat mengenai kesihatan jantung.

Sesuatu yang x terduga.... :(

assalamualaikum....

tadi(28.5.09)....sy dpt brita,babah masuk wad coz kene serangan jantung....terasa lemah badan ni...

cam x caya...coz babah x pernah tunjuk tanda2 nk sakit....babah sentiasa hepi....tp brite td umpama guruh....cam terasa jantung ni berhenti berdegup....huuhuu(sedey sgt)

perasaan ini x usah dikata....mula2 terkejut,ingat memain je....ble sy dan kakak g ke hospital,babah masih kat ICU....tp ble keadaan babah dh stabil,babah dimasukkan ke wad biasa...tp tatkala lihat babah terbaring kat wad,sedih sgt....kene jugak pasrahkan ati ini....

pastu rase nk nangis,tp kene tabahkan ati....alhamdulillah,serangan jantung babah masih peringkat permulaan....tp wktu chek jugak,babah pun ade darah tinggi dan kencing manis....rase cam x caya, coz babah jaga mkn....tp nk wat cmne,penyakit nk dtg,x leh nk jangka....huhu...tp walaupun babah menanggung sakit,babah masih mampu menahan....cekalnye atimu babah....sy sayangkan babah......

ble smpai umah td,dlm fikiran cuma nk solat dan doa byk2 utk babah....sy sayang sgt2 babah....minta babah cpt2 sembuh...sy harap babah kuat hadapi dugaan ini....babah x pernah kene sakit yg teruk2...tp ble babah sakit,babah akan kene sakit yg teruk....mungkin ini dugaan kami sekeluarga sblm pernikahan abg(angah)....

mama kate,babah sakit coz penat....itu sy akui....coz sejak babah bersara tentera,babah bw teksi,slalu balik mlm....slain itu, babah slalu tolong mama pagi2 coz mama berniaga kuih...mama berniaga bru je coz kami sekeluarga bru berpindah jb....mama boring duduk umah,sbb tu mama jual kuih...tp mama cuma buat kuih,dan jiran yg jualkan kat gerai dan sorang lagi jiran jualkan kat kilang....coz jiran ni ade tender kantin...

tp bg sy pula,babah sakit mungkin krn memikirkan perkahwinan angah yg akan berlangsung 30 & 31 mei ini....mgkin disebabkan byk berpikir,itu yg babah kene serangan jantung.....coz ini perkahwinan pertama dlm keluarga sy.....mungkin terlalu excited,babah terlupa nk jaga kesihatan....

nmpaknye,perancangan yg dirancang slame 3 bln utk perkahwinan angah,begini akhirnye....huhu....mungkin babah x dpt hadir pd pernikahan angah yg akan berlangsung di mlaka....coz babah kene tahan kat wad slama seminggu.....nmpknye kami adik beradik shj yg lihat angah bernikah,coz mama nk jaga babah kat wad....tp kirenye doktor izinkan babah kuar wad buat sementara wktu utk menghadiri majlis pernikahan itu,syukur alhamdulillah.....

harapan sy,smoga majlis di pihak kami nnti,babah dh leh kuar wad.....same2 meraikn majlis yg agak bsr bg kami sekeluarga.....

so sy hrp,kite same2 mendoakan supaya babah sy cepat
sembuh....

Khamis, 28 Mei 2009

salam perkenalan....

assalamualaikum....semua....
sy masih bru lagi dlm blogger ni....
so harap dpt membantu sy ye dan memberi sdikit tunjuk ajar...hehehe

erm,mesti nk tau kan....
cmne sy leh terpikir nk wat blog ni....
sblm tu nk ucapkan berbyk time kacih kat my frenz, encik liquid....hehehe
yg sudi berkongsi cara2 nk wat blog....

coz dr my frenz ni lah terdetik nk wat blog....
sy suka bc crite dia dlm blog dia....terhibur gitu....hehehe
dr situ terpikir nk mempunyai blog sendiri....
lebih2 lg mendpt sokongan dr encik liquid....
maka terhasil lah "TERATAK ZIELLA"

so harapan sy,dgn adenye blog ni,dpt lah sy berkongsi crite dgn kengkwn di alam maya ini...

so kite enjoyyyyy.....hehehe